Friday, 1 July 2011

Tarikh Ini Tahun Lalu Malaikat Maut Hampir Menjemputku..


Syukur...
Setahun berlalu dah aku masih lagi bernafas di bumi Allah
Tiap-Tiap detik tersisa aku amat hargai kurniaan tuhan
Matlamat hidup dikecilkan, benda sia-sia aku tinggalkan
Aku sememangnya tak punya banyak masa di muka bumi ini
Hari ini aku hanya berkurung di rumah
Mungkin kerana hari ini, tarikh ini, tragedi itu masih segar di pemikiran
Nyaris nyawaku dilucutkan Malaikat Maut
Gegaran kereta berpusing-pusing ditengah jalan raya dan hampir-hampir terbalik
Masih lagi menjadi igauan tidur...
Syukur kerna kedua-dua kami selamat tanpa bisa dalam
Hanya kedua-dua kereta sahaja yang hancur
Hampir 3 bulan mencari kekuatan diri
Kengkadang fikiran seakan hilang dan tangan bergetar
Aku masih di sini
Hanya kekuatan keluarga dan kasih hati mengikat diri berjuang...

No comments: