Friday, 1 July 2011

Aku Perlukan Sesuatu Baru


Entah hati sudah tiada lagi di kota itu
Tiap-tiap hari bagaikan terbeban dengan situasi dan keadaan di sekeliling
Aku sudah bosan dengan rutin harian
Penindasan dalaman, politik bagaikan nak termuntah
Aku survival kerna sudah lama aku dapat bertahan
Tetapi aku  nampak tiada masa hadapan tatkala aku masih menuntut di sini
Tunggu teman baik balik nun jauh disana sudah bertahun2
Sudah tak tertunggu lagi aku di sini
Teman yang adapun sudah banyak yang beredar
Tekanan tetap ada, bila bait2 email datang mengucapkan selamat tinggal
Sekali lagi aku bukan sahaja kali ini tetapi sudah berminggu aku pikirkan
Bukan ini yang aku mahu lakukan lagi
Cukupla tiga tahun beredar dipelusuk hutan
Peluang datang tidak tertangguh lagi
Kali ini nekad seperti sebelum-sebelum ini
Kerna hati sudah tiada lagi di sini
Malam ini kemuncak segalanya, resume baru
Surat yang aku layangkan minggu depan ke tempat baru..
Bila hati sudah tiada, tiada siapa boleh menghalang langkah aku lagi
Selamat tinggal, terima kasih kerna mengajar aku selama 3 tahun ini..

No comments: