Friday, 29 July 2011

Bila Kepercayaan Tiada


Sedih melihat bila kata-kata tiada makna
Bila arahan diabaikan dipekakkan telinga semua
Bila tanda kehormatan disepak seperti sampah...
Bila diri diperlakukan seperti tiada kewujudan...
Mengapa berlaku???.... kerana kealpaan diri sendiri...
Lumrah, bila selalu kenakan orang, balasan akan terus di atas batang hidung...
Mengapa tiada kesedaran dari dulu lagi???...
Semua orang sudah muak dengan kerenah + lakonan innocent dan lakonan kesibukan melampau sehingga tugasan semua ditolak ke sana sini....
Berjawatan tinggi tetapi asik mengelak tanggungjawab
Persediaan Mesyuarat Besar benar2 membuka mata semua
Bahawa dirinya begitu kerdil, kuasa hilang untuk mengawal semua orang
Suara tidak didengari dan asik melakukan tindakan bodoh menyakiti hati semua orang
Benda remeh diutamakan, memuakkan semua orang
Paksaan dan tekanan diberikan tetapi tiada orang yang dengari
Tanda hormat sudah jatuh ke tanah, tiada siapa lagi menghiraukan
Persediaan kucar-kacir menunjukkan kelemahan ketara
Rutin ~ asik berkeliaran di pejabat mencari salah semua
Kerusi itu sudah tidak layak lagi diduduki
Bila semua orang sudah katakan tidak, inilah masanya berundur
Jgn asik menggunakan bos besar untuk kepentingan peribadi
Taktik membonekakan bos sudah masak sungguh...
Owh.... bencinya politik pejabat....
Yang pasti aku takkan lama disini....

Thursday, 21 July 2011

Baru 2 tahun 10 bulan....


Baru 2 tahun 10 bulan berkhidmat, lampu masih hijau
Pengalaman sekangkang kera, tanggungjawab digalas selaut tanpa sepadan
Tekanan dihempap2 di atas kepala bertubi-tubi
Pernah terasa seperti dibuli tetapi akhirnya bertukar kepercayaan negara
Tekanan kerja sungguh hebat... Berada dibarisan hadapan institusi bukan senang
Ramai kepingin tetapi tugasnya jatuh sampe ke tanah
Beberapa kali terpikir mau resign tapi masih betah bertahan
Mungkin kerna kepercayaan tuan ketua besar dan kemandoman penolong ketua besar....
Aku masih bisa disini
Amat pelik kerna dikalangan pegawai setaraf sama, walaupun mereka lebih senior
Aku lebih mendahului dan diberikan keutamaan.. janggal...
Biasalah mulut belakang tak pernah berhenti berkata...
Rezki aku atau kebolehan aku memandu kehadapan....
Baru berkhidmat sudah berjaya merangkul APC
Menepis barisan panjang senior2 lain
Dilantik mengetuai 3 unit kewangan besar
Owh... sungguh janggal berlaku dalam organisasi aku yang mementingkan senioriti
Goyang mulanya tapi aku terima sebagai cabaran
Mungkin kerna ini adalah masa aku
Mengenggam kepercayaan dan menyinar lantas berubah angin
Permudahkanlah segala urusan aku di dunia ini...
Syukur dengan rejki yang tiba...
Kerja kuat2 lagi slepas ini..

Sunday, 17 July 2011

Hari2 Menyibukan


Sesungguhnya benar aku tidak cukup lelap pagi ini
Gara-gara meronda-ronda pikiran jauh nun di Pulau
Tiba di opis terhuyung-hayang bak orang hilang pikiran
Mata pun sudah sembam...
Panggilan pertama di atas meja menghadap warga atasan
Perbincangan perjawatan negara
Owh.. sungguh aku benci mesyuarat2 di awal pagi
Xsempat aku mengadakan morning prayer bersama anak2 buahku
Pasti mereka bergumbira di saat aku tiada di opis
Wat a waste.. kerja bertingkat2 tiada sempat diagihkan

Well... nampaknya warga atasan perlukan aku untuk diserap ke tempat lain
Penubuhan bagian2 baru negara... akur tetapi menolak
Belum masa aku lagi meninggalkan teritorry aku
Kerna perancangan masih berjalan menjana secara total

Usai di atas, bersambung dengan meeting di bagian bawah pula
Pegawai2 Kementerian kunjung melawat kampus
Ohhh myyyy... berbalas2 soal jawab menegakkan kemahuan
Tapi siapalah kami, kalu kamu kamu masih tidak mahu berganjak
Amanat katanya... kalu begitu, perlukah datang...

Kunjung singkat teman lama ke opis.. mendamaikan
Owh.. atleast aku dapat bernafas santai semula
Kisah dibualkan membuang jauh kesibukan aku di pagi ini
Kamu perlu kerap kunjung kerna aku takut suatu hari aku akan terjun tingkap ini..
Gurau santai...
Anyway...Goodluck for you.. kerna berjaya menerobos satu lagi halangan besar..
Owh... makin rame sudah tinggalkan aku
Takpe... masa aku belum tiba..

Surat berganti surat dilayangkan ke atas meja
Arrrrrggghhhh!!!!!!!!!!!!
Satu lagi meeting warga atasan perlu dihadiri sore ini
Meeting tuk ke Jakarta....
Bosan......... kerna isunya tak pernah selesai2..
Kurang ketelitian, masa banyak terbuang...
Masalah dalaman

Anyway... malam ini perlu hadirkan ke makan malam kementerian
Owh.. nampaknya hari ini hari aku amat panjang sakali
Entah... moga malam nanti aku masih punya kudrat memandu pulang
Pasti esok hari mata panda akan muncul kembali....

Thursday, 14 July 2011

KIL

Binggung ~ Isyarat Kurang Jelas...


Sudah 4 hari berturut2 termimpikan kecelakaan mobil...
Dari kehilangan mobil di pasaraya, Mobil dimasuki pencuri sehinggala semalam kecelakaan punah mobil...
Adakah isyarat dari papa dan datuk moyangku atau hanya mimpi kosong...
Oh.. aku binggung... menafsir mimpi2 aneh ini
Terdetik mau mengetik2 ampe kpd saudara di KL...
Namun harus dipersenda kerna asik mengabarkan benda2 aneh sebegini...
Semoga Allah melindungi orang2 kesayanganku...

Tuesday, 12 July 2011

Kerna Dia Cinta Aku


Sesuatu terhidu sedari awal
Sudah beribu kali mengelak tetapi ternyata dia terus dan terus
Berusaha keras ingin mendapatkan aku
Dari bahasa tubuh ternyata dia cintakan aku...
Panggilan x putus setiap hari
Tapi dia belum tahu jiwa ragaku dimiliki kekasih gelap
Separuh hatiku dipunyai sang pencinta
Oh... Begitu rumit hidup ini...
Asakan demi asakan persoalan terpacul dari mulut
Jadi aku kurang selesa di meja makan
Tepisan demi tepisan terpaksa dibuat
Kerna aku mahu menjaga hati dia
Mengapa kau mencintai aku
Walaupun aku serba kekurangan
Kerna tiada apa istimewa dapat ku berikan
Pasti setiap penolakan ini terkesan buat kamu
Oh sungguh aku hampir tersungkur melalui ini
Sang Pencinta aku pingin kamu tetap disisi ku
Aku perlukan kamu menyokongku disetiap asakan
Kerna hari-hari kejauhan tanpa kamu sang pencinta buat aku binggung
Kerna cinta kita tetap utuh walaupun kamu jauh sana
Perlukah aku juang tinggalkan semua ini terus ke Kota Seberang
Memeluk kamu tiap malam tanpa puas
Kerna bait bisikan kamu tiap malam... terus menemani hati ini
Biarlah kunjungan kali ini aku yang lakukan
Kerna kamu sudah berkorban beribu batu tiap kali demi cinta kita
Tanpa penat tanpa lelah mendakap aku menjaga aku....
Buat Si dia... maaf kerna penolakan ini


Kerna jiwa raga ku sudah dimiliki orang jauh di Kota Palembang
Maaf... Maaf....

Saturday, 9 July 2011

Aku Report Kewangan


Well...  tiap bulan xjemu & seksa menyiapkan report kewangan...
Dalaman dan Kementerian...
Kengkadang unit lain punya report pun kasi Unit aku buat
Bosan.....
Biasala, pegawai pura-pura tak tahu buat akan terselamat selamanya
Tapi sampe bilakan... biarlah, janji tiap2 tahun markah prestasi aku boombastic..
Anyway masih punya 2 laporan Kementerian di tangan aku
Dengan masa yang singkat, aku pasti kelam kabut minggu depan
Hopefully tiada gangguan, boss besar jgn hantar aku ke meeting merepek2....
Meeting syok sendiri, keputusan pun syok sendiri..
Ada satu isu..
Sorang makcik nie asik ganggu aku suruh kasi management talk dkat staf dia
Talk yang bagi menyelesaikan masalah dalaman dorang...
Ada masalah dgn anak buah sruh aku plak jadi org tengah....
Malas... masalah dalaman korang xmau masuk campur
Dah terkena hari tu, tak pasal2 nama di jual merata ceruk dalam meeting...
Sangat c*****
Okla... tak nak marah-marah..
Nak siapkan report dulu..

Sunday, 3 July 2011

Hipokrit Aku


Diletakkan bersama musuh ketat dalam sebuah program
Diarah berinteraksi bekerjasama rapat selama 6 bulan (12 pertemuan)
Disuruh berkongsi rasa, kekecewaan dan kebangkitan bersama... owh plisss 
Program apa nie??? Sungguh aku tak sanggup dengan program ini
Mengapa mereka mengada-adakan
Semua rakan tertawa sindir kerna mereka tahu betapa hipokritnya aku akan menjadi
Tugas utama aku kini : Menghipokritkan diri selama 6 bulan
Menjayakan misi ntah apa2 yang ditetapkan..

Friday, 1 July 2011

Kerana You


Tersingkap di awal pagi.. my xbf buzz me through FB
Tak terungkap betapa rindunya sama kamu
Walaupun tak termiliki lagi tapi sekumit jiwa masih ada kamu
Haluan sudah jauh berbeza, xmungkin akan bersama lagi
Kamu bersama seorang selebriti TV aku bersama teman nun jauh di Kota Jakarta
Palang-palang sisi yang sungguh berbeda..
Thank you dear for remembering all those our sweet memory
Kamu tetap sejarah aku kerna tak mungkin parut luka terpadam pulih
Parut ini juga akan ku bawa bersama menyusuri kehidupan seorang x sempurna...

Aku Perlukan Sesuatu Baru


Entah hati sudah tiada lagi di kota itu
Tiap-tiap hari bagaikan terbeban dengan situasi dan keadaan di sekeliling
Aku sudah bosan dengan rutin harian
Penindasan dalaman, politik bagaikan nak termuntah
Aku survival kerna sudah lama aku dapat bertahan
Tetapi aku  nampak tiada masa hadapan tatkala aku masih menuntut di sini
Tunggu teman baik balik nun jauh disana sudah bertahun2
Sudah tak tertunggu lagi aku di sini
Teman yang adapun sudah banyak yang beredar
Tekanan tetap ada, bila bait2 email datang mengucapkan selamat tinggal
Sekali lagi aku bukan sahaja kali ini tetapi sudah berminggu aku pikirkan
Bukan ini yang aku mahu lakukan lagi
Cukupla tiga tahun beredar dipelusuk hutan
Peluang datang tidak tertangguh lagi
Kali ini nekad seperti sebelum-sebelum ini
Kerna hati sudah tiada lagi di sini
Malam ini kemuncak segalanya, resume baru
Surat yang aku layangkan minggu depan ke tempat baru..
Bila hati sudah tiada, tiada siapa boleh menghalang langkah aku lagi
Selamat tinggal, terima kasih kerna mengajar aku selama 3 tahun ini..

Tarikh Ini Tahun Lalu Malaikat Maut Hampir Menjemputku..


Syukur...
Setahun berlalu dah aku masih lagi bernafas di bumi Allah
Tiap-Tiap detik tersisa aku amat hargai kurniaan tuhan
Matlamat hidup dikecilkan, benda sia-sia aku tinggalkan
Aku sememangnya tak punya banyak masa di muka bumi ini
Hari ini aku hanya berkurung di rumah
Mungkin kerana hari ini, tarikh ini, tragedi itu masih segar di pemikiran
Nyaris nyawaku dilucutkan Malaikat Maut
Gegaran kereta berpusing-pusing ditengah jalan raya dan hampir-hampir terbalik
Masih lagi menjadi igauan tidur...
Syukur kerna kedua-dua kami selamat tanpa bisa dalam
Hanya kedua-dua kereta sahaja yang hancur
Hampir 3 bulan mencari kekuatan diri
Kengkadang fikiran seakan hilang dan tangan bergetar
Aku masih di sini
Hanya kekuatan keluarga dan kasih hati mengikat diri berjuang...

Thursday, 30 June 2011

Sempurnakah Aku

Tiap detik hati ini mencari kesempurnaan yang tak kunjung tiba... detik berganti detik, tahun berganti tahun, cuma aku yang masih di sini tiada apa yang pasti.. Hidup berjalan tanpa aku sedari, kehilangan beberapa orang disekeliling memberi tamparan yang hebat ~ mengoncangkan hidup aku seketika... Entah sesempurna mana yang masih aku nantikan.. Selamatkanlah putera kesunyiaan daripada hanyut ditelan bumi ini.. benar-benar aku masih menanti seseorang datang menyelamatkan aku...


Miss you dear!!!